Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
‘BANK SUDAH UNTUNG, TOLONG BATAL CAJ RM1’ – KOSMO – 17/12/2021
18 Dec 2021

PETALING JAYA – ­Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa campur ta­ngan kerajaan bagi memba­talkan keputusan beberapa buah bank yang menyambung semula caj RM1 bagi transaksi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) tahun depan.

Ketua Aktivis (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ­situasi berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan pihak bank perlu mempunyai sifat belas ihsan lebih-lebih lagi dalam situasi pandemik ketika ini.

Katanya, Bank Negara Malaysia (BNM) juga perlu memainkan peranan dan menunjukkan implikasi terhadap caj yang dikenakan bagi memberi penjelasan kepada pengguna.

“Caj ini pasti akan membebankan pengguna terutama penduduk luar bandar. Mereka mungkin terpaksa berjalan jauh demi mencari mesin ATM yang sama.

“Sekalipun perlu caj, mengapa mesti RM1 bukannya 20 sen. Perkara ini sepatutnya dilakukan mengikut prosedur yang betul dengan mendapatkan persetujuan daripada pengguna,” katanya di sini semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, caj ini adalah langkah salah dan tidak disenangi rakyat.

Katanya, di saat harga barang naik, sudah tentu rakyat berada dalam keadaan yang sangat tertekan.

“Dari segi teknikalnya, seluruh negara tahu bahawa sektor perbankan antara sektor melaporkan keuntungan sihat meskipun pandemik dan siri Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana.

“Oleh itu, saya menggesa kerajaan dan khususnya Menteri Kewangan untuk segera masuk campur dan mengarahkan bank-bank membatalkan rancangan berkenaan bayaran RM1 bagi transaksi ATM ini,” uajrnya.

Kosmo! semalam melaporkan beberapa buah bank mengenakan semula caj RM1 bagi transaksi pengeluaran tunai antara bank di mesin ATM berkuat kuasa tahun depan.

Berdasarkan semakan, beberapa bank termasuk Maybank, Bank Islam, CIMB Bank, Ambank, Citibank dan HSBC telah memuat naik notis ber­kenaan di platform media sosial masing-masing kelmarin.

CIMB Malaysia antara bank yang mengenakan semula caj itu dan perkara tersebut diumumkan menerusi akaun Facebook rasminya kelmarin.

“Berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin ATM atau mesin layan diri bukan CIMB Bank atau CIMB Islamic bank.

Artikel oleh: Kosmo

‘BANK SUDAH UNTUNG, TOLONG BATAL CAJ RM1’

https://www.kosmo.com.my/2021/12/17/bank-sudah-untung-tolong-batal-caj-rm1/