Bimbang dengan isu pusat penyembelihan yang meragukan di Australia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) dan Sahaba 99 meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan siasatan segera.
Ia membabitkan isu sembelihan yang didakwa tidak mengikut piawaian ditetapkan dalam Islam yang berlaku di Australia lebih sebulan lalu.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai pelanggaran protokol penyembelihan digariskan prosedur operasi standard (SOP) Jakim.
Katanya, pihaknya menggesa siasatan menyeluruh dilakukan dengan kadar segera oleh pihak berautoriti termasuk Jakim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis serta merombak struktur organisasi bahagian halal terutama jawatan panas.
Sementara itu Presiden Pekemas, Faizan Mohd Noor berkata, pihaknya tampil dengan pendedahan itu demi kebaikan dan kemaslahatan umat Islam di Malaysia dan meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelaku yang melanggar integriti Halal Malaysia.
Artikel oleh: Harian Metro
ISU PUSAT PENYEMBELIHAN MERAGUKAN DI AUSTRALIA, JAKIM DIGESA SEGERA BERTINDAK