Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
TIDAK MASUK AKAL TIADA BEKALAN AYAM – PPIM – IKRAM – 23/05/2022
02 Jun 2022

SERI KEMBANGAN – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan tindakan beberapa pihak yang mendakwa tiada bekalan ayam di ladang ternakan sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal.

“Pengguna di Malaysia sering menjadi alat oleh mereka untuk menaikkan harga atau mendapatkan keuntungan lebih dalam jual beli,” kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan pada Ahad.

Berikutan itu, beliau mengingatkan kepada pihak tidak bertanggungjawab agar tidak mencetuskan panik dalam kalangan pengguna.

“Dalam isu ketiadaan ayam di pasar terbuka, peniaga runcit boleh dan harus membuat laporan kepada pihak berkuasa di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) atau membawa perkara itu ke mahkamah jika dirasakan perlu.”

Menurutnya, pengusaha ladang ayam mempunyai kontrak untuk membekalkan ayam kepada pembekal atau pemborong.

“Apa guna mereka bela ayam jika tiada pembeli, mereka akan berusaha mendapatkan kontrak untuk membekalkan ayam kepada pembekal atau pemborong secara pukal sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan atau setahun.”

Dalam pada itu, Nadzim menegaskan kerajaan tidak harus tunduk kepada tuntutan pihak yang tamak dan sering memperbodohkan pengguna untuk kepentingan diri.

“Jangan bebankan pengguna dengan masalah yang tidak masuk akal. Pengguna harus bijak dalam menilai situasi semasa dan kembali mengawal keadaan pasaran negara.

Ujarnya, jika ladang itu tidak boleh membekalkan ayam, maka sebagai pengguna, mereka boleh pilih untuk membeli produk daripada pihak lain yang lebih bertanggungjawab dan tidak memperbodohkan pengguna.

Artikel oleh: IKRAM

TIDAK MASUK AKAL TIADA BEKALAN AYAM – PPIM

https://ikram.org.my/tidak-masuk-akal-tiada-bekalan-ayam-ppim/?fbclid=IwAR34rygOAVp5ckxEiytlKJgLDpJ5rN_vAhjUcq2IFLDvkY43JFsRAnBhYtg