F TEAM merupakan sebuah pasukan elit dalam Cawangan Khas Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ditubuhkan pada tahun 1971 bagi menghapuskan ancaman militan pengganas komunis. Puncak kejayaan F TEAM adalah apabila kerajaan Malaysia menandatangani Perjanjian Damai Hatyai pada 1989 dengan Parti Komunis Malaya (PKM) terus meletakkan senjata dan terus terkubur. Oleh kerana ancaman PKM yang semakin surut, maka pada 1995, F TEAM dibubarkan. Mengikut rekod, lebih 1000 orang komunis telah ditangkap/ditewaskan. Banyak cerita-cerita luar biasa pengorbanan kumpulan ini kepada Malaysia.
Sehubungan itu, PPIM telah mengadakan satu sidang media bagi mengambil langkah untuk mengenengahkan nasib mereka untuk perhatian pihak-pihak berwajib.