KUALA LUMPUR, 05 September 2022 – Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan memaklumkan, jika masalah kegiatan rasuah tidak dihapuskan sebaik mungkin dalam tempoh lima tahun lagi maka, rakyat Malaysia akan menerima nasib sama seperti etnik Rohingya.
“Kalau kita sayangkan keluarga, agama dan negara, kita kena buat sesuatu dengan menyambut baik peranan dan inisiatif Rasuah Busters. Keadaan sekarang ini sangat mencabar dan jika tidak diendah, mudah sahaja Malaysia dikuasai (orang luar).
Kita juga kena berdoa agar diberi petunjuk, hidayah dan dipelihara bagi berhadapan dengan cabaran yang luar biasa ini.
Beliau menegaskan, tanggungjawab dalam menangani isu ini perlu dilakukan secara agresif demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
“Negara kita diancam dengan penjajahan kaedah baharu menerusi pelbagai konspirasi luar negara, bermaksud akan dijajah dan mempengaruhi generasi akan datang,”
“Mungkin orang tidak perasan tetapi ini adalah agenda besar untuk memesongkan pegangan kita, jadi kita perlu ajar anak-anak kita dengan ajaran agama dan aqidah yang terbaik,” ujarnya yang berpandangan bahawa umat Islam di negara ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu agama agar sentiasa bersedia menghadapi masa depan yang semakin mencabar.
Artikel oleh: Samudera.my
RAKYAT MALAYSIA BAKAL TERIMA NASIB SEPERTI ROHINGYA 5 TAHUN LAGI – TOQQI PPIM
https://www.samudera.my/rakyat-malaysia-bakal-terima-nasib-seperti-rohingya-5-tahun-lagi-toqqi-ppim/