Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
SAMPAI MASANYA KITA BERSATU – PPIM – HARIAN METRO – 12/10/2022
13 Oct 2022

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini perlu bersatu bagi memastikan setiap permasalahan rakyat dapat ditangani dengan baik dan lancar.

Untuk itu, sudah sampai masanya mesej penyatuan terutama dalam kalangan pemimpin Melayu perlu dijadikan agenda utama bagi memastikan ia menjadi kenyataan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, umat Islam perlu menyahut seruan penyatuan tanpa berbelah bagi jika mahu terus mentadbir dan membantu seramai mungkin umat Melayu di negara ini.

“Kami di PPIM amat bersetuju jika kuasa besar orang Melayu, orang Islam bergabung dan kembali memerintah negara kita.

“Sejarah membuktikan umat Islam negara ini tidak pernah mengenepikan hak bukan Islam malah kebebasan beragama, berniaga dan hidup aman damai bersama di Malaysia antara perkara yang amat kita banggakan di rantau ini.

“Tidak ada pemimpin negara lain boleh menyatupadukan rakyat pelbagai agama berbilang kaum seperti yang kita lakukan di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim berkata, PPIM sentiasa menyokong usaha mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dan menolak kerakusan mengejar kuasa dan tamak.

“Kita akan menyatakan sokongan dari semasa ke semasa kepada calon tertentu yang dilihat mampu membawa isu rakyat dan tidak mementingkan diri.

“Lihatlah negara kita kini, apa nasib rakyat jika pemimpin di atas sana terus bercakaran dan mencari kesalahan serta kelemahan sesama mereka, lebih elok mereka bergabung dan berganding bahu menggunakan kelebihan masing-masing demi masa depan negara yang lebih baik,” katanya.

Nadzim berkata situasi politik negara kini tidak membantu masalah rakyat seperti krisis ekonomi, kesukaran mendapat pekerjaan, dan diselubungi rasa takut kehilangan negara sendiri.

Artikel oleh: Harian Metro

SAMPAI MASANYA KITA BERSATU – PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/10/891641/sampai-masanya-kita-bersatu-ppim