Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2490) HARIAN METRO – 29/12/15 – USAH BIAR “NAIK TOCANG”
30 Dec 2015

Kuala Lumpur: Gabungan 22 badan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan proaktif dan telus melaksanakan tindakan terhadap syarikat didapati melakukan penipuan dalam urusan jual beli.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maa’mor Osman, berkata tindakan itu bagi memastikan pengguna lebih terbela apabila ditipu dan dipermainkan peniaga hingga mengalami kerugian.

Beliau berkata, penipuan di kalangan peniaga terutama membabitkan telefon bimbit klon atau palsu berleluasa seolah-olah mereka tidak takut kepada undang-undang.

“Peniaga ini juga kemungkinan ada ‘kuasa besar’ yang melindungi kegiatan mereka sehinggakan berani menipu pengguna dan tidak gentar ditahan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media khas bersama NGO, di sini, hari ini.
Sidang media turut hadiri Persatuan Penguna Ceupacs, Pemuda Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Kelab Intelek dan Pendidikan Malaysia serta Badan Amal Tarbiah Sejagat(BATAS) serta Erat Perhubungan Antara Negeri Cetus Organisasi (EPANCO) Malaysia.
Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/103315