Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM NAFI ANIAYA MANGSA CETI HARAM – HARIAN METRO – 31/08/2023
01 Sep 2023

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa mereka terbabit menjadi antara perunding yang menganiaya mangsa ceti haram.

Setiausaha Kerja PPIM, Muhammad Zharif Johor berkata, video yang tular berkaitan aduan mangsa pinjaman wang atau lebih dikenali sebagai along tidak ada kaitan dengan persatuan itu.

Katanya, rakaman itu antara lain memaparkan rakaman audio mangsa berasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak melaksanakan amanah seperti dijanjikan meskipun bayaran dibuat mangsa kepada organisasi terbabit.

“Saya tidak pasti organisasi mana ataupun yang dimaksudkan tetapi apa dinyatakan adalah selepas membuat pembayaran, mereka (organisasi) gagal untuk mendapatkan pembelaan.

“Sepertinya tidak ada perbezaan ketika mereka (mangsa) berurusan dengan pihak along,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut membidas andaian beberapa individu menyatakan PPIM adalah antara salah sebuah NGO yang terpalit dalam isu ini.

“Kami di PPIM sudah lama menguruskan aduan seperti ini. Alhamdullilah, kita mempunyai kaedah tersendiri dan integriti kita terbukti.

“PPIM antara NGO yang bekerjasama baik dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam pelbagai urusan serta bersama dalam sesi libat urus bagi meregulasi organisasi yang memberi khidmat perundingan kewangan termasuk kes-kes along.

“Kita minta masyarakat supaya menjadi lebih peka dan membuat pemilihan terbaik dengan pihak mana mereka ingin berurusan,” katanya.

Beliau turut menasihati masyarakat supaya lebih berhati-hati dan tidak menilai kemampuan sesebuah organisasi berdasarkan populariti semata-mata tanpa menilai integriti serta kredibiliti mereka dalam konsultasi, rundingan dan pengurusan kes-kes berkaitan pinjaman kewangan atau along.

“Kita tidak menolak kemungkinan ada along yang menubuhkan agensi perunding untuk mengaut keuntungan dan mengambil kesempatan atas kesusahan mangsa.

“Berdasarkan rekod, along ini sudah buat macam-macam dan tak mustahil mereka akan reka pelbagai cara untuk menakut-nakutkan peminjam,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM NAFI ANIAYA MANGSA CETI HARAM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/08/1005161/ppim-nafi-aniaya-mangsa-ceti-haram