Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini menghadiri ke Konvensyen Malaysia Negara Rahmah anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) di IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam.
Objektif konvensyen adalah bagi mengupas isu ekonomi, integrasi nasional, kesejahteraan sosial, tadbir urus dan reformasi institusi. Selain itu, mengetengahkan pendekatan Rahmah dalam kajian dasar, kajian umum, projek komuniti, projek advokasi dan solusi praktikal untuk membangun Malaysia Madani.