#BeritaAnda #BuletinTV9 #JanjiHappy
Tiada laporan membabitkan penipuan berkaitan tabung kutipan derma untuk rakyat Palestin setakat hari ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf yang mengesahkan perkara itu berkata walaupun tiada sebarang laporan setakat ini orang ramai hendaklah sentiasa berhati-hati dan perlu menyemak terlebih dahulu kesahihan tabung yang dilancarkan.
Artikel oleh: Buletin TV9
TIADA LAPORAN BABITKAN PENIPUAN TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN SETAKAT INI