Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan tahniah kepada Pejabat Peguam Negara kerana berjaya mendakwa individu dipercayai scammer kewangan melibatkan kes keldai akaun.
Walau bagaimanapun, hukuman yang diterima oleh mereka iaitu denda RM3000 terlalu kecil dibandingkan dengan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa mereka.
Justeru, PPIM telah mengadakan satu sidang media untuk menggesa pihak Pejabat Peguam Negara merayu hukuman yang lebih setimpal terhadap pelaku.