Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
2087) UTUSAN 11/8/2014 – Teruskan boikot Israel – PPIM
11 Aug 2014

Teruskan boikot Israel

KUALA LUMPUR 10 Ogos – Usaha memboikot barangan dan perkhidmatan berkaitan Israel perlu diteruskan oleh masyarakat Malaysia untuk memberi mesej jelas bahawa kekejaman terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, isu Palestin bukan isu Islam semata-mata tetapi merupakan isu kemanusiaan yang memerlukan pembelaan masyarakat seluruh dunia.
“Alhamdulillah, kalau lihat dari segi sejarah, kempen boikot Israel yang dilaksanakan kali ini cukup berkesan dan menerima kerjasama yang amat menggalakkan.
“Bagi saya ini fasa permulaan, kita perlu terus memboikot agar gelombang dari seluruh dunia memberi tekanan terhadap peniaga-peniaga yang selama ini begitu angkuh menyokong Israel,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Hamadto Kassem Al-Agha berkata, kerajaan Palestin amat menghargai sokongan berterusan rakyat negara ini yang memboikot produk keluaran Israel secara besar-besaran.
Sementara itu, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, masyarakat Malaysia perlu terus bersatu agar mesej boikot yang turut dilakukan di seluruh dunia difahami oleh rejim Israel.
“Kempen boikot Israel ini bukan lagi di Malaysia, malah ramai warga dunia tanpa mengira bangsa dan agama turut menyatakan sokongan kepada Palestin dan mahukan kezaliman Israel dihentikan,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140811/dn_03/Teruskan-boikot-Israel—PPIM#ixzz3A3Mkm2qj
© Utusan Melayu (M) Bhd