Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
KAMPUNG SUNGAI BARU: PPIM GESA SEMUA PIHAK GUNA SALURAN BETUL – MALAYSIA GAZETTE – 20/07/2024
22 Jul 2024

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa semua pihak menggunakan saluran yang betul dalam usaha mendapatkan penyelesaian terbaik dalam isu yang membelenggu pembangunan di Kampung Sungai Baru.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya ada menerima maklumat sebahagian kumpulan majoriti penduduk yang bersetuju dan telah berpindah keluar sejak menerima arahan mahkamah.

“Bagaimanapun PPIM juga sedia maklum ada sebahagian penduduk yang tidak bersetuju dengan tawaran pihak pemaju dan telah membuat rayuan ke mahkamah berhubung isu pampasan.

“Saya yakin komitmen yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa mampu menyelesaikan masalah ini.

“Ini kerana, beliau telah turun padang dan berjumpa dengan kedua-dua pihak yang terlibat dan saya difahamkan individu di dalam video tersebut tidak turut serta pada majlis yang diadakan pada 27 Mei 2024 dan 13 Jun 2024 tempoh hari,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian merujuk video yang tular memaparkan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim yang meminta penduduk Kampung Sungai Baru supaya jangan pindah dan menyerahkan tanah.

Rafidah dilihat menaiki sebuah kenderaan mengelilingi kawasan Kampung Sungai baru sambil menyatakan bantahan dengan menggunakan pembesar suara.

Sementara itu, Nadzim berkata, video terebut tidak mewakili pandangan pihak dan aktivis PPIM di Kampung Sungai Baru.

Katanya, PPIM menawarkan iri untuk berrsama-sama berada dengan pihak yang berkepentingan untuk bermusyawarah dan mendengar daripada semua pihak agar informasi yang betul dapat dijelaskan kepada orang awam.

Jelasnya, libat urus bersama pemegang taruh di Kampung Sungai Baru juga perlu diadakan bukan sekadar mengenai isu pengambilan tanah tetapi juga pembangunan sosio ekonomi, keselamatan, penjagaan alam dan pembangunan insan seiring dengan konsep Malaysia Madani.- MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

KAMPUNG SUNGAI BARU: PPIM GESA SEMUA PIHAK GUNA SALURAN BETUL

https://malaysiagazette.com/2024/07/20/kampung-sungai-baru-ppim-gesa-semua-pihak-guna-saluran-betul/