Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
JEMPUTAN SIDANG MEDIA PERSIDANGAN MEJA BULAT KEPIMPINAN NGO MALAYSIA & MASYARAKAT – SIDANG MEDIA PPIM – 15/08/2024
15 Aug 2024

Telah berlangsung, satu sidang media bagi pelancaran persidangan Task Force Rakyat yang menghimpunkan 100 NGO utama seluruh negara.

Task Force Rakyat ini bagi membincangkan tindakan segera berkenaan isu-isu yang mendesak demi kepentingan rakyat dan membawa Negara ke arah keharmonian yang berkekalan serta lebih bermakna.

Persidangan yang dijadualkan berlangsung pada 7 September 2024 bertujuan untuk membentangkan cabaran dan permasalahan kritikal serius yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia, terutamanya akibat kelemahan pentadbiran dan agensi, ahli-ahli politik, pengaruh kartel, tonto, GLC, penguasaan kapitalis, isu tanah, pendatang haram, kesihatan termasuklah campur tangan globalis dalam sistem pentadbiran negara-negara membangun serta memahami cabaran negara berhadapan dengan kuasa-kuasa besar dunia yang menekan kerajaan, rakyat dan  kemanusiaan.