Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM TIDAK LINDUNGI AHLI GISB – MALAYSIA TRIBUNE – 21/09/2024
21 Sep 2024

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pihak yang melanggar undang-undang kerajaan atau bertentangan dengan ajaran Islam.

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, PPIM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan netizen yang menuduh mereka bersekongkol melindungi ahli kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) seperti yang menjadi tular di media sosial, beberapa hari ini.

“PPIM seperti mana banyak pihak lain sebelum ini, bekerjasama dengan entiti perniagaan GISBH atas kapasiti menyokong usaha mereka meningkatkan jumlah produk halal buatan umat Islam untuk pengguna di Malaysia.

“Bagaimanapun, kerjasama ini bukanlah cerminan PPIM menyokong atau mengetahui mengenai dakwaan berkaitan isu dalam kumpulan itu yang kini sedang tular,” kata kenyataan itu, hari ini.

Jelas PPIM, pihaknya fokus kepada mempertahankan hak pengguna dan memperjuangkan isu rakyat tanpa prejudis kepada mana-mana pihak lain.

PPIM turut menegaskan, pihaknya tidak pernah mengetahui mengenai apa-apa isu dalam kumpulan GISBH yang dikaitkan dengan pelbagai dakwaan termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak, pemerdagangan manusia, penggubahan wang haram dan lain-lain, sehinggalah perkara tersebut didedahkan baru-baru ini.

“Sehubungan itu, kami meminta pihak lain supaya jangan memburukkan lagi keadaan dan jangan cuba mengaitkan PPIM dengan isu yang tidak berkaitan.

“PPIM bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa jika diminta berbuat demikian serta mengalu-alukan siasatan pihak berkuasa terhadap dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang berselindung disebalik profail tanpa identiti di media sosial,” katanya lagi.

Artikel oleh: Malakat Tribune

PPIM TIDAK LINDUNGI AHLI GISB

https://malaysiatribune.news/2024/09/21/ppim-tidak-lindungi-ahli-gisb/