Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ISU BULI BUKAN SEKADAR DI SEKOLAH – SIDANG MEDIA PPIM – 14/08/2025
14 Aug 2025

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat bimbang dengan gejala buli yang semakin berleluasa.

Lebih merisaukan, gejala buli bukan sekadar masalah pelajar di sekolah, ia kini menjadi isu sosial yang memberi kesan kepada mental, emosi dan masa depan generasi kita.

Statistik dan kisah tragis yang sering tular menunjukkan kemarahan masyarakat kita sudah sampai ke kemuncaknya.

Atas kesedaran ini, PPIM akan mengambil langkah berani dan tegas dengan menubuhkan Pusat Sehenti Anti Buli – Anti Bully Centre (ABC) yang boleh dihubungi di talian +013-6116666.

Tujuannya adalah:

  1. Tempat rujukan utama bagi mangsa buli mendapatkan bantuan segera.
  2. Pusat advokasi yang menggerakkan kempen kesedaran anti buli nasional.
  3. Saluran aduan untuk tindakan pantas, termasuk sokongan guaman dan kaunseling.

PPIM percaya peranan media amat penting dalam mengangkat isu ini, memberi suara kepada mangsa dan menekan pihak berkuasa serta komuniti agar lebih peka dan bertindak.

Kami berharap usaha ini akan dapat memantapkan lagi usaha rakyat membanteras buli di semua peringkat.