Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) – PPIM – 03/10/2025
03 Oct 2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah mengadakan perjumpaan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Naim Hj. Mokhtar bagi membincangkan isu-isu berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh pengguna Islam.

Pertemuan ini menjadi wadah penting untuk mengetengahkan suara pengguna, khususnya dalam hal melibatkan kepenggunaan, perlindungan hak, serta cabaran yang semakin kompleks dalam kehidupan seharian.

Perbincangan ini diharap dapat merangka penyelesaian yang lebih berkesan melalui kerjasama strategik antara pihak berwajib dengan badan bukan kerajaan dalam memastikan kepentingan dan kesejahteraan pengguna Islam terus terpelihara.