Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-19: BERKEBUN DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM – 04/10/2025
06 Oct 2025

Projek Kompos Kebun Bandar Villa Puteri: Langkah Hijau ke Arah Baja Organik.

Alhamdulillah, aktiviti berkebun pada minggu ini berjalan dengan baik dengan fokus kepada projek bahan kompos. Projek ini menggunakan sisa makanan dan sisa bahan dapur yang dikumpulkan dengan kerjasama daripada Café VP. Semoga usaha ini dapat diteruskan secara berterusan sehingga berjaya menghasilkan baja organik yang bermanfaat untuk tanaman di KBVP.

Menariknya, aktiviti kali ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa – burung bangau. Benarlah pepatah Melayu, “Kalau nak dengar suara burung, maka hendaklah kita menanam pokok.” Kehadiran bangau ini seolah-olah menjadi tanda bahawa alam turut menyambut baik usaha hijau yang dijalankan bersama.