
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan satu sidang media khas (9 Okt 2025) bagi menjelaskan pendedahan lanjut berhubung beberapa jenama makanan kucing di pasaran yang didakwa mengandungi unsur babi.
Sidang media tersebut diadakan sebagai susulan kepada pendedahan awal yang dibuat pada 7 Oktober lalu.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (Toqqi) berkata, pihaknya menerima pelbagai reaksi susulan pendedahan itu, termasuk kritikan kerana tidak menyenaraikan nama-nama jenama terlibat.
Toqqi menjelaskan bahawa sidang media kali ini bertujuan memberi penjelasan lanjut mengenai produk berkenaan, selain menyeru orang ramai agar lebih peka terhadap kandungan makanan haiwan peliharaan.
Beliau turut menegaskan bahawa beberapa produk yang dibawa semasa sidang media hari ini didapati mempunyai label “pork derivative” atau “contains pork” yang jelas menunjukkan penggunaan bahan berasaskan babi.
PPIM turut mengingatkan bahawa isu ini bukan sekadar melibatkan haiwan, tetapi berpotensi menyebabkan pencemaran najis babi dalam kawasan ibadah apabila kucing peliharaan yang diberi makanan berunsur babi dibawa masuk ke masjid atau surau.
#PPIM #MakananKucing #HalalHaram #IsuSemasa #BoikotIsrael #Toqqi #BeritaTikTok #KucingMalaysia
Sumber: Wildan Haroun (Facebook)
PPIM DEDAH JENAMA MAKANAN KUCING MENGANDUNGI UNSUR BABI, PENGGUNA DISARAN BACA LABEL SEBELUM MEMBELI