

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hadir ke Majlis Pelaksanaan Program Perkongsian Maklumat Kepenggunaan dan menyampaikan taklimat kepada para pelajar Maahad Tahfiz Almashrafe, Batu Caves, Selangor.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai hak, tanggungjawab serta cabaran yang dihadapi sebagai pengguna pada masa kini. Antara topik yang diketengahkan termasuk isu buli serta kesedaran boikot produk berkaitan Israel.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan membuka mata pelajar tentang peranan mereka sebagai pengguna yang bijak, beretika dan peka terhadap isu semasa.












