Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA SAUDARA AKMAL DAHALAN – PPIM – 06/12/2025
08 Dec 2025

PPIM menerima kunjungan Saudara Akmal Dahalan, pengasas Ladang Alam Warisan di Seri Menanti, sebuah pusat warisan Melayu serta sukan memanah dan memanah berkuda.

Beliau merupakan bekas juara dunia memanah berkuda dan aktif sebagai jurulatih memanah yang diiktiraf di dalam dan luar negara.

Antara program yang sedang digerakkan ialah SummerCamp Alam Warisan, iaitu program yang membantu menghidupkan kembali jiwa dan akhlak anak-anak melalui aktiviti memanah, berkuda, eksplorasi alam semula jadi, latihan kerja berpasukan dan pengisian kerohanian.