Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | MEMARTABATKAN SUKAN MEMANAH BERKUDA: TOQQI BERTEMU TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD – PPIM – 23/12/2025
25 Dec 2025

23 Disember 2025 – Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Pengasas Ladang Alam Warisan merangkap jurulatih pasukan memanah berkuda, Saudara Muhamad Akmal Mohamad Dahalan, serta pasukan pemanah berkuda negara.

Kunjungan ini bertujuan memberi pendedahan kepada Tun Dr. Mahathir mengenai kejayaan pasukan memanah berkuda yang telah meraih pingat di peringkat pertandingan sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada sukan.

Selain itu, pertemuan ini turut diadakan bagi mendapatkan sokongan agar sukan memanah berkuda—yang merupakan antara sukan sunnah—dapat diberi perhatian serius, dibangunkan secara berterusan dan berpotensi melangkah lebih jauh di peringkat nasional dan antarabangsa, termasuk dari segi sokongan dana dan pembangunan atlet.

Tun Dr. Mahathathir Mohamad tekun mendengar serta meneliti video kemenangan atlet sukan memanah berkuda di China yang ditunjukkan oleh Saudara Akmal Dahalan.