

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Peluncuran Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2030 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Majlis dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Amar Haji Fadillah Haji Yusof. Turut hadir, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Majlis ini diadakan sebagai pelan untuk memperkukuh kedaulatan makanan dan menjamin bekalan makanan negara.







