Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PPIM TEGASKAN TIADA KAITAN DENGAN GABUNGAN EHAILING MALAYSIA – BERITA HARIAN – 28/02/2026
02 Mar 2026

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menegaskan, persatuan itu tidak mempunyai sebarang kaitan atau hubungan rasmi dengan Gabungan Ehailing Malaysia (GEM).

PPIM dalam kenyataan, memaklumkan pihak GEM juga bukan gabungan di bawah naungan PPIM dan tidak pernah mewakili persatuan itu dalam mana-mana urusan atau aktiviti.

PPIM berkata, pihaknya sudah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu pada 26 Ogos tahun lalu, namun masih terdapat segelintir pihak yang keliru, yang menganggap GEM ada kaitan dengan PPIM.

“Kami menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak terperdaya jika terdapat dakwaan yang mengatakan GEM berada di bawah naungan atau payung PPIM.

“Penjelasan ini penting bagi memastikan ketelusan identiti setiap organisasi,” katanya, hari ini.

Selain itu, PPIM memaklumkan, semakan terkini pihaknya mendapati status pendaftaran GEM masih kekal seperti tahun lalu, iaitu sebagai sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar.

Katanya, mengikut Akta Pertubuhan 1966, adalah menjadi satu kesalahan untuk menjalankan aktiviti sebagai sebuah pertubuhan tanpa pendaftaran yang sah.

“PPIM sentiasa menghormati usaha mana-mana pihak dalam memperjuang nasib komuniti, namun penjelasan ini perlu dibuat demi menjaga kepentingan dan kejelasan peranan masing-masing supaya tidak timbul implikasi di masa hadapan,” katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

PPIM TEGASKAN TIADA KAITAN DENGAN GABUNGAN EHAILING MALAYSIA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1515034/ppim-tegaskan-tiada-kaitan-dengan-gabungan-ehailing-malaysia