Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | TINJAUAN PENGANJURAN RAIN AND RAVE: TIDAK SELARI NILAI BUDAYA TEMPATAN – PPIM – 01/05/2026
04 May 2026

Pada 1 Mei 2026, Toqqi @ Nadzim Johan selaku Presiden PPIM telah turun padang ke Pesta Rain and Rave anjuran MOTAC, Kementerian Pelancongan yang berlangsung di Pavilion bagi meninjau sendiri perjalanan acara tersebut.

Hasil tinjauan yang dilakukan, beliau menzahirkan rasa kecewa terhadap penganjuran program berkenaan yang dilihat tidak selari dengan nilai, budaya serta sensitiviti masyarakat tempatan. Menurut beliau, sebagai sebuah acara yang dikaitkan dengan kementerian, seharusnya setiap aktiviti yang dianjurkan mengambil kira aspek adab, tatasusila dan norma masyarakat Malaysia yang terkenal dengan budaya ketimuran.

Beliau turut menegaskan bahawa sektor pelancongan tidak seharusnya hanya memfokuskan kepada hiburan semata-mata, tetapi perlu seimbang dengan pemeliharaan identiti negara serta nilai moral yang menjadi asas kepada keharmonian rakyat. Penganjuran acara berskala besar seperti ini juga perlu diteliti dari sudut impak sosial, khususnya terhadap golongan muda yang mudah terpengaruh dengan elemen hiburan yang melampau.

Sehubungan itu, beliau menyeru pihak penganjur dan kementerian agar lebih peka serta bertanggungjawab dalam merancang program pada masa akan datang. Setiap inisiatif pelancongan perlu mencerminkan imej Malaysia yang beradab, berbudaya dan dihormati di peringkat antarabangsa.

PPIM juga akan terus memantau perkembangan isu ini dan bersedia memberikan pandangan serta kerjasama kepada pihak berkaitan demi memastikan kepentingan masyarakat sentiasa diutamakan.