Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PODCAST PPIM – FESTIVAL HUJAN MAKSIAT?? – PPIM – 05/05/2026
05 May 2026

Telah berlangsung, sesi podcast anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menampilkan perbincangan bersama beberapa panelis termasuk Nadzim Johan@toqqi, Dr. Nor Azman dan Bibi Sunita berhubung isu penganjuran festival air ”Rain and Rave” di Bukit Bintang.

Festival tersebut disifatkan sebagai mempromosikan budaya hedonisme dan gejala sosial tidak sihat.

Panelis turut mengkritik peranan pihak berkuasa, khususnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, yang dianggap gagal menilai kesesuaian acara dengan nilai budaya dan identiti tempatan. Selain itu, timbul persoalan mengenai kelewatan respon pihak berkepentingan termasuk golongan berautoriti agama dalam menangani isu tersebut.