Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (INFRASTRUKTUR TELEKOMUNIKASI) – PPIM – 18/05/2026
19 May 2026

Perjumpaan dan perbincangan PPIM bersama Encik Mano Verabathran, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi.

Isu Kritikal Dibangkitkan
PPIM menegaskan peningkatan ancaman serius melibatkan:
• Kebocoran data peribadi (telefon, akaun bank, komunikasi)
• Penipuan digital yang semakin kompleks dan tersusun
• Kelemahan sistem telekomunikasi yang membuka ruang eksploitasi

Tuntutan Tegas PPIM

  1. Siasatan nasional kebocoran data
  2. Audit keselamatan menyeluruh industri telco
  3. Siasatan penglibatan dalaman & sindiket terancang

Arah Tindakan Bersama
Kerjasama strategik antara kerajaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan NGO seperti PPIM akan difokuskan kepada:
• Kempen kesedaran awam
• Pendidikan & advokasi komuniti
• Penambahbaikan saluran aduan