Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-56: BERKEBUN DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM – 20/06/2026
22 Jun 2026

Selain berfungsi sebagai lokasi pertanian bandar, Kebun Bandar Villa Puteri (KBVP) turut menjadi platform pertemuan dan perkongsian ilmu yang menarik minat pelbagai pihak untuk berkunjung dan mengadakan sesi perbincangan.

Pada minggu ini, KBVP menerima kunjungan Dato’ Ali Maju yang singgah melawat kebun serta beramah mesra dan berbincang bersama pelajar-pelajar UiTM. Seperti kelaziman, maskot kesayangan KBVP, Toqqi, turut menceriakan suasana.

KBVP juga mengalu-alukan kehadiran ahli baharu dari Sudan, iaitu Pn. Muna.

Antara tarikan istimewa pada kali ini ialah sajian makanan tradisional Sudan yang disediakan sendiri oleh Pn. Muna. Beliau amat menitikberatkan aspek pemakanan sihat dan kesihatan dalam kehidupan seharian.

Pn. Muna turut menyediakan minuman kesihatan yang popular di negaranya, iaitu air bunga raya tanpa gula, yang terkenal dengan khasiat dan kesegarannya.

Selain hidangan dari Sudan, turut disajikan menu istimewa tempatan seperti ubi rebus, sambal ikan bilis dan lempeng, yang menambahkan lagi kemeriahan suasana di KBVP.

Pertemuan santai seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan komuniti, malah membuka ruang kepada perkongsian budaya, pengalaman dan ilmu yang bermanfaat kepada semua.