

Salah satu pengisian pada minggu ini ialah demonstrasi penggunaan Dapur Roket, iaitu dapur yang sesuai digunakan untuk aktiviti memasak di kebun, perkhemahan dan pelbagai program luar. Dapur ini bukan sahaja mudah digunakan, malah menjimatkan penggunaan bahan api. Team Kebun turut merancang untuk menggunakannya bagi aktiviti memasak dan BBQ pada masa akan datang. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dapur Roket, boleh menghubungi Team Kebun.
Selain itu usahawan muda dari Kedah sempat mempromosikan produk sendiri, ‘Kuala Cola’. Semoga usaha yang dijalankan terus berkembang maju dan mendapat sambutan yang menggalakkan.
Aktiviti pada minggu ini turut dimeriahkan dengan hidangan air durian belanda segar yang dihasilkan daripada tanaman di Kebun Bandar Villa Puteri. Menu istimewa yang disediakan termasuk nasi dagang, pengat durian, keladi kelapa serta kuih-muih.
Terima kasih kepada seluruh Team KBVP atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan setiap aktiviti. Semoga segala usaha yang dilaksanakan terus memberi manfaat kepada komuniti serta menyumbang ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan lestari.






