Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-63: BERKEBUN DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM – 01/08/2026
05 Aug 2026

1 Ogos 2026 – Aktiviti di Kebun Bandar Villa Puteri (KBVP) pada minggu ini diisi dengan taklimat mengenai penggunaan Baja Organik DSA Metaphysics Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh Datuk Dr. Sharil Azmi. Perkongsian ini memberi pendedahan mengenai kaedah penggunaan baja organik yang betul bagi membantu meningkatkan kesuburan tanah serta kesihatan tanaman.

Selain berkongsi ilmu berkaitan pertanian, beliau yang juga merupakan pakar herba Islam turut memperkenalkan beberapa produk berasaskan bahan semula jadi serta berkongsi ilmu kesihatan.