Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
PAK CIK 70 TAHUN TERKEJUT 18 TALIAN DIDAFTARKAN ATAS NAMANYA – PPIM – KOSMO – 20/08/2026
29 Aug 2026

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun terkejut apabila mendapati sebanyak 18 talian telefon didaftarkan atas namanya, sedangkan dia hanya mendaftar satu talian.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan mendakwa, lelaki berkenaan turut berdepan bayaran sebanyak RM40 sebulan bagi talian yang didaftarkan menggunakan namanya.

“Pak cik ini berusia 70 tahun. Dia hanya mendaftarkan satu talian, tetapi kemudian mendapati sebanyak 18 talian didaftarkan atas namanya.

“Selepas itu, kena bayar RM40 sebulan. Kalau tidak bayar, jadi CTOS. Jadi kita pun takut CTOS, esok ada masalah,” katanya ketika ditemui media selepas pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026, di sini hari ini.

Nadzim berkata, situasi itu menunjukkan pengguna boleh berdepan masalah kewangan apabila talian didaftarkan menggunakan identiti mereka tanpa pengetahuan.

Beliau berkata, industri telekomunikasi perlu lebih jujur dan ikhlas bagi menangani isu berkenaan.

“Benda ini industri telekomunikasi kena lebih jujurlah. Pada saya, mereka perlu lebih jujur. Mereka perlu lebih ikhlas,” katanya.

Artikel oleh: Kosmo

PAK CIK 70 TAHUN TERKEJUT 18 TALIAN DIDAFTARKAN ATAS NAMANYA – PPIM

https://www.kosmo.com.my/2026/08/20/pak-cik-70-tahun-terkejut-18-talian-didaftarkan-atas-namanya-ppim/