Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | PPIM & NFCC CARI SOLUSI BERSEPADU TANGANI PENIPUAN DIGITAL – PPIM – 08/09/2026
09 Sep 2026

8 September 2026 | Putrajaya – PPIM bersama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sepakat untuk memperkukuh kerjasama dalam menangani isu scam yang semakin membimbangkan masyarakat dan menjadi antara cabaran utama negara ketika ini.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama pasukan PPIM telah menghadiri satu mesyuarat bersama NFCC di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah NFCC, Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil.

Pertemuan ini menjadi platform untuk membincangkan pendekatan dan penyelesaian yang lebih berkesan bagi melindungi pengguna serta memperkukuh usaha membanteras kegiatan penipuan kewangan digital.

PPIM komited untuk terus bersama agensi kerajaan dan semua pihak berkaitan dalam mencari solusi yang lebih tegas, bersepadu dan berkesan demi keselamatan rakyat.