Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-67: SAMBUTAN HARI MERDEKA KE-69 DI KEBUN BANDAR VILLA PUTERI – PPIM – 29/08/2026
05 Sep 2026

Sempena Sambutan Hari Merdeka Ke-69, Kebun Bandar Villa Puteri (KBVP), Kuala Lumpur telah menganjurkan sambutan kemerdekaan pada Sabtu, 29 Ogos 2026, dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik dan permainan tradisional telah diadakan bagi memeriahkan sambutan, antaranya tarik tali, tarik upeh, kuiz patriotik, tiup belon, lari gigit guli, gigit keropok dan lari guni. Acara turut diserikan dengan hadiah menarik khususnya untuk kanak-kanak.

Sambutan turut dimeriahkan dengan jamuan BBQ yang menyediakan kambing, ayam organik, ikan serta pelbagai juadah dan kuih-muih untuk dinikmati bersama.

Program ini turut melibatkan komuniti kondo, ahli PPIM serta rakan-rakan KBVP dalam suasana penuh kemeriahan, semangat kekitaan dan patriotisme.

Team KBVP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta menyumbang makanan dan hadiah bagi menjayakan sambutan ini.