Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | PPIM DAN PERMODALAN KEDAH BERHAD TEROKA PELUANG KERJASAMA USAHAWAN – PPIM – 19/11/2026
21 Nov 2026

19 NOVEMBER 2026 – PPIM telah menerima kedatangan CEO Permodalan Kedah Berhad (PKB), En. Mohd Azad bin Jasmi, bagi memberi ruang kepada rakan-rakan usahawan PPIM untuk meneroka peluang dan mengembangkan perniagaan bersama PKB. Pertemuan ini turut menjadi platform bagi membina jaringan strategik serta membuka peluang kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada perkembangan perniagaan para usahawan.

Antara usahawan dan organisasi yang hadir ialah MEEM Gold, SUPERBEST POWER, HPA Kopi Radix, Rezza Brand, FFAEY Sdn. Bhd., Everbliss Event, Tom Yam Malaysia, Hijau Energy Berhad (HEB) serta Pertubuhan Industri Kecantikan Halal & Kesejahteraan Malaysia (PIKHKM). PPIM berharap pertemuan ini menjadi langkah awal kepada kerjasama yang lebih erat antara PKB dan rakan-rakan usahawan PPIM dalam meneroka potensi, peluang perniagaan serta pengembangan usaha masing-masing.