Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama empat NGO Islam Melayu mengadakan sidang media bagi mengatasi ancaman jerebu berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia.
RAKAMAN VIDEO SIDANG MEDIA YANG DIADAKAN (21/10/2015)
Antara NGO yang turut serta dalam sidang media adalah PERKASA, PEWARIS, Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Yayasan Muamalat Belia, Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) bersepakat untuk mengambil tindakan “class action” apa jua tindakan undang-undang syarikat yang terlibat terutama syarikat dari Malaysia.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang mengetuai sidang media tadi menyeru semua pihak menggesa syarikat yang terlibat dengan pembakaran hutan di Indonesia sehingga menyebabkan jerebu mengeluarkan pengakuan rasmi sama ada mereka terlibat atau tidak.
Menurutnya lagi, pihaknya tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama syarikat tempatan yang mungkin terlibat dengan pembakaran hutan tersebut tapi dirahsiakan buat masa ini.
Sheikh Abdul Kareem yang mewakili PEWARIS dalam kenyataannya pula menyarankan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai hukum membakar hutan untuk mendapatkan keuntungan.
“Jika didapati syarikat-syarikat ini terlibat maka NGO Islam Melayu akan memboikot produk-produk syarikat itu” kataya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat PPIM, pagi tadi.