Tidur di surau takut ah long
Akibat tidak tahan menjadi buruan ah long, seorang gadis dari Selayang nekad melarikan diri dan tinggal di sebuah surau di Gombak, Selangor selama seminggu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 24, berkata, detik hitam itu bermula selepas dia bertindak ‘gali lubang tutup lubang’ apabila meminjam dari satu ejen ke satu ejen untuk membayar hutang.
Pengadu yang diburu 35 ah long tersebut sedang membuat aduan kepada Pengarah Unit Tindakan Khas I, En Shaharuddin di Ibu Pejabat PPIM, Keramat. Perbuatan Diana itu menyebabkan dia akhirnya terperangkap berhutang sebanyak RM35,000 daripada 35 ah long.
Katanya, pada mulanya dia hanya meminjam sebanyak RM1,000 untuk memulakan perniagaan pada Mei lalu bersama rakannya.
Sumber: KOSMO
ALAMAT IBU PEJABAT:
ALAMAT PEJABAT SEKRETARIAT :
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)
Aras 3 (Sembang-Sembang Cafe),
Villa Puteri Condo,
Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur