Walaupun pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengharamkan peraduan gores dan menang, namun sindiket ini tetap berleluasa.
Pelbagai langkah untuk membenteras sindiket ini telah dilakukan, namun ia seperti tidak menemui penyelesaian kerana jumlah mangsa yang diperdaya sindiket ini tidak pernah berkurang dari semasa ke semasa, malah makin meningkat!
(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));
Oleh itu, pihak berkuasa digesa supaya menggubal akta baru bagi membenteras sindiket penipuan haram ini, serta sindiket-sindiket lain yang turut beroperasi.
Selain itu,beliau turut menyatakan bahawa antara faktor utama sindiket ini tidak dapat ditangani selama ini adalah kerana mereka tidak berdepan hukuman yang berat dan tidak diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
Fikirkan, adakah mereka akan serik jika berdepan dengan hukuman denda sebanyak ‘secubit’ dari keuntungan hasil penipuan mereka?