Adalah lebih baik sekiranya makanan yang ‘tidak diusik’ ini dikumpul dan diagihkan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti gelandangan dan fakir miskin.
Disamping itu, makanan ini juga boleh diagihkan kepada tahanan lokap polis daripada dibuang begitu sahaja kedalam tong sampah.
Tidakkah kita pernah terfikir akan kesusahan yang terpaksa ditempuh oleh orang lain yang begitu terseksa untuk mendapatkan walau secubit makanan? Bayangkan jika kita berada ditempat mereka?