Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
Ada duta buat gangguan seksual, dakwa PPIM – Malaysia Kini – 9/6/2017
10 Jun 2017

 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan berkaitan gejala gangguan seksual daripada beberapa pengadu wanita tempatan yang bekerja sebagai kakitangan kedutaan.Jelas PPIM, mangsa yang begitu tertekan dengan pelbagai ‘gangguan seksual’ yang dilakukan samada oleh duta mahupun kakitangan kedutaan.

“Bila mereka nak dapatkan sesuatu daripada kita tetapi tidak dapat, mereka akan tamatkan kita dengan segera.

“Alasan mereka, isteri dan anak-anak sudah kembali ke negara asal jadi mereka sunyi.” kata salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Puan Mar (bukan nama sebenar).

Puan Mar telah berkhidmat selama kurang lebih 17 tahun di lapan kedutaan dan menyimpan banyak rahsia negara.

Puan Mar berkata, ganguan seksual tersebut sentiasa berlaku dan berterusan meskipun kakitangan kedutaan terlibat mengetahui bahawa beliau sudah berkahwin.

“Pegawai kedutaan itu baru berusia 34 tahun dan saya sudah menjangkau usia 60 tahun. Saya pangkat emak dia tapi tidak bagi dia,” katanya lagi.

Mangsa kedua, Puan Nor (juga bukan nama sebenar) yang berusia awal 40-an turut melahirkan rasa kecewa terhadap pihak Perkeso yang tidak dapat melakukan apa-apa tindakan terhadap kedutaan terlibat.

“Bila saya pergi ke pejabat Perkeso, mereka mengatakan bahawa mereka tak boleh buat apa-apa dan akhirnya menyuruh saya untuk membuat laporan kepada kementerian.

“Di kedutaan tempat saya bekerja, tidak kira muda atau tua, semua dah terkena ‘gangguan seksual’ tetapi tidak berani untuk buat laporan sebab kebanyakan mereka adalah pekerja asing,” ujarnya lagi.

“Perkara ini dianggap satu kesedihan dan tidak seharusnya berlaku. Sebab bila kita bercerita pasal kedutaan, mereka diibaratkan mempunyai imuniti untuk melakukan apa sahaja.

”Sepatutnya kedutaan melambangkan Perlembagaan tapi kita melihat perkara ini sebagai satu penipuan bagi diri kita,” katanya dalam kenyataan yang sama.

https://www.malaysiakini.com/news/385011