Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ADUAN KES AHLONG MENINGKAT: PPIM – SINAR HARIAN – 04/08/2019
05 Aug 2019

KUALA LUMPUR – Aduan kes ah long meningkat selepas musim perayaan, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Nadzim berkata, peminjam memohon pertolongan PPIM selepas tidak mampu membuat pembayaran.

Menurutnya, ada kes melibatkan peminjam perlu menjelaskan hutang hingga puluhan ribu ringgit sedangkan pinjaman yang dibuat hanyalah RM1,000.

“Bila ah long tak dibanteras, mereka menjadi semakin garang, menggunakan gangsterisme, ugutan sehingga ada kes libatkan kematian.

“Saya harap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador maklum dengan isu ini dan akan ada usaha membanteras penipuan ah long,” katanya sebagai panel pada program Jom Sarapan Nasi Lemak Kopi O @ PZ cafe Western Food Keramat di sini hari ini.

Pengerusi Akademik Darul Muhibbin, Ahmad Shadan Alhadrami bertindak sebagai moderator dalam sesi dialog yang berlangsung selama dua jam itu bermula jam 9 pagi.

Nadzim berkata, setiap hari PPIM menerima lebih 50 aduan melibatkan kes penipuan dan scam serta pinjaman ah long.

“Kita jangan terpedaya, orang yang nak menipu ini sepuluh langkah ke depan dari kita. Mereka tak bawa kita ke pejabat dan menggunakan nombor telefon palsu.

“Bila semak nombor telefon, ia didaftarkan oleh orang lain. Inilah yang berlaku bila undang-undang diambil mudah dan penipuan terus berlaku,” katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian 

ADUAN KES AHLONG MENINGKAT: PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/41444/BERITA/Nasional/Aduan-kes-ah-long-meningkat-PPIM