ADUAN PILIHAN : ARSENIC DALAM MAKANAN AYAM
29 Apr 2011
Mengikut satu kes di ladang pada 1996, saya dapati anak ayam mengalami kadar kematian secara luar biasa (Kondisi mereka sihat dan tiada tanda penyakit secara klinikal) apabila mencapai umur 17 hari. Banyak ladang di daerah Manjung Perak yang terlibat. Terjadi kepada ladang ayam yang menggunakan makanan dari berbagai pengilang komersial.
Beralih dari senario ini saya secara rahsia mengutip sample tisu ayam yang mati ini dan menghantar ke makmal Veterinary Ipoh dan berunding dengan pakar disana dan saya mencadangkan sample tisu ini dihantar ke makmal jabatan kimia. Pakar berkenaan bersetuju untuk melakukan perkara yang sama.
Ujian yang di minta adalah ujian ARSENIC. Pada pendapat saya mereka telah memasukkan bahan ini kedalam makanan formula mereka.
Apabila Ujian ini telah siap. Pakar dari VRI terkejut dengan keputusan ujian. Paras arsenic didapati tinggi sehingga lebih 1 ppm dalam kes kematian (rujuk laporan : no. makmal : (Ip) FOR 2302/96-0 , 2303/96-0 ). Pakar ini tidak puashati dan ingin mendapat gambaran paras dalam sampel hidup. Sampel seterusnya dari ayam hidup di kutip di ladang kawasan Kuala Selangor yang menggunakan makanan dari kilang yang berbeza dari digunakan di Manjung dan diuji di makmal berkenaan sekali lagi. Didapati paras arsenic dalam tisunya lebih rendah sedikit dari8 kes ang mengalami kematian. ( rujukan laporan : (IP) FOR 2334/96-0)
Ini bermakna semua pengilang menggunakan kimia mengandungi arsenic ini didalam makanan mereka.
Sangkaan saya tepat kerana saya dapati tong – tong bahan kimia bertulis ROXARSONE pernah saya lihat ada dodalam stor kilang makanan syarikat saya bekerja. Maka bahan arsenic berasal dari kimia ini.
Bahan ini pengilang gunakan sebagai bahan penggalak pembesaran dalam ternakan ayam. Tambahan pula pada 21 ogos 1996 kerajaan telah mengharamkan penggunaan Nitrofuran dalam industri ayam. Maka pihak pengilang terpaksa bergantung kepada bahan ini sebagai penggalak pembesaran ayam.
Bahan Arsenic ini telah digunakan semenjak 1940-an lagi di Amerika dan sekarang mereka mengalami masalah berkaitan dengan kanser dikalangan penduduk yang berada dikawasan zon penternakan ayam. Bahan ini meresap ke bawah tanah dan mencemar sumber air bawah tanah.
Bahan arsenic ini adalah sangat toksik pada dos tinggi (selalunya digelar sebagai Silent Killer) dan akan merosakkan organ dalaman dan akan mengakibatkan kanser pada dos rendah. Pada pendapat saya mekanisma yang dilakukan pleh aesenic ini ialah ia akan terkumpul dalam badan dan akan mencecah paras tertentu dan akan merosakkan organ pancreas dalam ayam dan insulin akan dikeluarkan secara tidak cukup dan menjadikan ayam ini mengalami diabetes dam mereka akan makan dengan banyak sekali dan ini akan mmempercepatkan pembesarannya.
Senario sekarang tidak diketahui dan memerlukan ujian kimia semula kepada makanan ayam, tisu ayam dan sumber air bawah tanah kawasan penternakan.
Post Views: 302