Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
ADUAN PILIHAN-DRAMA DI TV YANG PENUH UNSUR SYIRIK, KHURAFAT DAN TAHYUL
31 Dec 2010

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rancangan tv dipenuhi dengan pelbagai jenis cerita dari Indonesia samada disiarkan oleh TV3, RTM mahupun ASTRO. Oleh sebab itu saya merasakan cerita Indonesia yang dipaparkan sekarang banyak memberi impak negatif kepada penonton di Malaysia. Saya mengatakan begitu adalah kerana ada beberapa slot rancangan terutamanya yang dipaparkan di TV3 mengandungi unsur tahyul, khurafat, penipuan, penganiayaan, penindasan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, boleh di katakan 1/3 daripada siaran tv kini dilimpahi dengan cerita-cerita Indonesia. Saya amat tidak setuju kenapa pihak-pihak penyiaran kerajaan mahupun swasta terlalu taksub untuk memaparkan cerita-cerita Indonesia berbanding cerita-cerita rakyat kita sendiri.
Cuba bayangkan, majoriti watak dalam drama mereka akan diselitkan dengan watak seorang perempuan yang hamil luar nikah. Yang peliknya, wanita yang hamil luar nikah ini diagung-agungkan, dibela kerana watak mereka juga kebanyakan watak heroin. Jadi jika perkara ini dianggap satu perbuatan mulia, tidak hairanlah masyarakat kita juga akan terpengaruh. Semakin ramai wanita yang hamil luar nikah akan dilindungi dan masalah pembuangan bayi semakin bertambah.
Berkaitan cerita tahyul dan khurafat pula, memang banyak dilakonkan dalam cerita Indonesia ini. Sebagai contoh rancangan dari tv3 yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis bertajuk ‘Lagenda’. Melalui cerita-cerita yang disiarkan banyak mengisahkan cerita mengarut, tahyul, dan tidak berada di alam nyata. Dengan ini terang-terangan ia menggambarkan betapa pengaruh cerita Indonesia akan memberi kesan negatif kepada rakyat kita.
Oleh itu, saya berharap pihak berwajib dapat mengambil inisiatif untuk mengurangkan penyiaran cerita-cerita Indonesia daripada pihak penyiaran RTM, TV3 dan ASTRO. Hal ini adalah demi mendidik generasi kita ke arah kehidupan sosial dan agama yang lebih baik.
-WARGA PRIHATIN-