Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), khususnya Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan yang telah membantu pihak polis dengan menyerahkan bahan-bahan bukti kes tersebut berupa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis mereka.
“Saya mengucapkan juga terima kasih kepada pihak-pihak lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela (Jabatan Sukarelawan Malaysia), APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) serta lain-lain agensi yang terlibat dalam kes itu,” katanya. – UTUSAN ONLINE