Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
‘AKAUN DIBEKU! DICAJ AMAUN TAK MUNASABAH! CIMB MALAYSIA KERAP ADA MASALAH SISTEM?’ – SIDANG MEDIA PPIM – 05/02/2022
05 Feb 2022

PPIM menerima banyak aduan dari pelanggan CIMB Malaysia (Bank CIMB) yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan bank berkenaan yang dikatakan kerap mengalami masalah sistem.

Masalah berkenaan didakwa menyebabkan sebahagian pelanggan tidak dapat mengeluar dan memindah wang, akaun dibeku, malah dicaj dengan amaun yang tidak munasabah.Rata-rata mereka meluahkan rasa berang di ruangan komen dalam hantaran di media sosial Facebook, CIMB Malaysia.

Susulan itu, para pemilik akaun sebulat suara akan menyerahkan memorandum dan laporan polis kepada PPIM untuk tindakan selanjutnya.

This image has an empty alt attribute; its file name is photo1644046152.jpeg