Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTA 342: PPIM HANTAR NOTIS LIABILITI KEPADA 220 AHLI PARLIMEN – SWUMBERKINI – 04/01/2022
07 Jan 2022

PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihak PPIM kini dalam proses untuk menghantar notis liabiliti kepada semua ahli parlimen.

Menurutnya, tindakan berkenaan bertujuan agar pelaksanaan Pindaan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dipertimbang dan dikaji sewajarnya, sebelum dilaksanakan.

“Dalam proses ‘serving’ adalah untuk ahli parlimen tengok dan kaji, pasal ahli parlimen kerja dia mengkaji, kalau setakat ikut je cakap Khairy tak jadi lah juga, kita pun tak tahu siapa bos sekarang ini?

“Kerana sesiapa yang menyokong maknanya kita telah berikan dia liabiliti notis, maknanya dia kena bertanggungjawab,” katanya sewaktu ditemui wartawan Sumberkini pada sidang media PPIM pada 4 Januari 2022.

Mengulas isu sama, setiausaha Anti Mandate Vaccination Immunisation Commity (AMVIC) Raymond Raj berkata, PPIM bertindak untuk mengambil peranan terhadap isu Akta 342 ini.

“Dalam masa terdekat PPIM akan war-warkan dan akan ‘serve’ notis liabiliti kepada 220 wakil rakyat, tidak kira kerajaan atau pembangkang.

“Untuk memberitahu bahawa tanggungjawab mereka ialah membuat pengundian semasa pindaan kepada perkara 342, buat keputusan terbaik ikut suara hati sendiri,” jelasnya.

Perkara ini penting kerana dalam jangkamasa 6 bulan, 18 bulan, 20 bulan, atau bila-bila masa sahaja, sekiranya terdapat bukti saintifik menunjukkan bahawa adanya individu yang meninggal akibat suntikan vaksin perkara ini perlu diambil tindakan.

“Kerana mereka bersuntik bukan pasal suntikan vaksin itu boleh menyelamatkan mereka, tapi dalam keadaan terpaksa.

“Kerana mereka nak pergi kerja, mereka nak ke sekolah, mereka nak pergi ‘shopping mall’, mereka nak pergi ke masjid dan sebagainya.

“Soalan pokok adakah pengambilan vaksin itu wajib atau pun tidak? kerana vaksin itu ialah ‘gene theraphy, experimental’ iaitu bukan vaksin yang telah pun melalui proses kajian seperti yang telah kita tahu,” tegasnya.

Sehubungan itu, Raymond meminta kerajaan untuk memberikan bukti kepada rakyat berkenaan isi kandungan yang terdapat di dalam setiap vaksin yang disuntik.

“Setakat ini kita tak tahu, siapa pun tak tahu apa isi kandungan vaksin samada berbahaya atau tidak,” ujarnya.

Justeru, PPIM memohon sokongan rakyat dalam tindakan yang akan dimajukan oleh PPIM dalam masa terdekat.

Terdahulu, pada 16 Disember 2021 berikutan ramai Ahli Parlimen bertindak membantah serta tidak menyokong Pindaan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342), maka akta tersebut akan diteliti dan disemak semula, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Artikel oleh: Sumberkini

AKTA 342: PPIM HANTAR NOTIS LIABILITI KEPADA 220 AHLI PARLIMEN

https://sumberkini.my/akta-342-ppim-hantar-notis-liabiliti-kepada-220-ahli-parlimen/