Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | AVOCAKE PUKIS & DELIGHT BY ELEGANCE GROUP LANCAR PRODUK HILIRAN TERBAHARU BERASASKAN SANTAN – PPIM – 22/08/2025
22 Aug 2025

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi merasmikan Majlis Perasmian Cawangan Terbaharu Avocake Pukis & Delight bertempat di UTC Angsana Seremban, Ruang Legar Lobby, Plaza Ampangan, Seremban.

Majlis ini menyaksikan pelancaran produk hiliran inovatif berasaskan santan, sebagai sebahagian daripada usaha Avocake Pukis & Delight untuk memperkenalkan pilihan hidangan moden, enak dan mesra pelanggan kepada masyarakat.

Sejak penubuhannya, Avocake Pukis & Delight terkenal dengan sajian unik berasaskan avokado serta manisan kontemporari yang digemari ramai. Dengan pembukaan cawangan baharu ini, jenama tersebut berhasrat lebih dekat dengan pelanggan di Seremban, di samping menawarkan pelbagai pilihan inovatif yang sesuai dinikmati seisi keluarga.