Logo
PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
70X, Jalan Keramat Hujung, 54000 Kuala Lumpur
Email : salam@ppim.org.my
Hotline : +6019-359 1000
Tel : +603-4257 7222 / +603-4256 6618
IKUTI KAMI DI :
AKTIVITI | JEMPUTAN KE PEMENTASAN TEATER AMAL NAJIS JADI TEMAN & PERASMIAN SAHABAT ISTIMEWA IWK – PPIM – 23/01/2026
26 Jan 2026

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah menghadiri jemputan ke Pementasan Teater Komuniti “Najis Jadi Teman” serta Pelancaran Program “Sahabat Istimewa IWK” anjuran Indah Water Konsortium (IWK) di IWK Eco Park, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Program ini diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-30 Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. dengan kerjasama Wayang Kitchen dan Yayasan Chow Kit (YCK). Ia bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sisa kumbahan yang mampan, kebersihan alam sekitar serta peranan penting IWK di belakang tabir dalam memastikan sistem rawatan kumbahan berfungsi dengan selamat, cekap dan berterusan demi kesejahteraan awam.