

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan lawatan ke Muzium Polis dan disambut mesra oleh ACP Mohammad Sabri bin Hj. Abd Kadir, Pengarah Muzium PDRM. Lawatan turut diiringi oleh DSP Puan Sri Fazreena binti Abdul Karim.
Lawatan ini bertujuan memahami sejarah dan evolusi kepolisan negara, menelusuri sejarah penjajahan British serta perkembangan ideologi komunisme di Tanah Melayu.
Selain itu, lawatan ini turut menyemai semangat patriotisme, menghargai pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahankan kedaulatan negara serta mengeratkan hubungan kerjasama antara PPIM dan pihak Muzium PDRM.













