Telah berlangsung, hari ini Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan Elegance Global Trading Sdn Bhd di Pusat Aktiviti PPIM, Kuala Lumpur.
Majlis perjanjian ini merupakan satu usahasama bagi menjayakan Program Transformasi Ekonomi Ummah.
Program bermatlamat memupuk semangat keusahawanan dan memperkasakan ekonomi ummah khususnya di kalangan usahawan Melayu.
Menerusi kerjasama ini, diharap dapat mengatasi masalah ekonomi dan kewangan dengan melahirkan usahawan yang berintegriti dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran ekonomi pada hari ini.
MoU ditandatangani oleh Pengerusi PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Pengerusi Eksekutif Elegance Global Trading Sdn Bhd, Datin Dr Shamsiah Yaacob.