KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik usaha boikot yang dijalankan pengguna Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.
Langkah itu menunjukkan pengguna semakin sedar tentang kelebihan kuasa pengguna dan keberkesanannya terhadap ekonomi dunia.
Susulan itu, PPIM dan Malakat Mall serta Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) telah menganjurkan program ‘March 4 Gaza & Pelancaran BMF Global Movement.’